Panduan Memilih Gaun dan Aksesori Pengantin Muslimah

 
Foto oleh Hariz Azmiey & Hasrul Hozey Photography

Pernikahan merupakan hari yang menggembirakan dan pastinya sukar untuk bakal calon mempelai membuat keputusan tentang gaun yang bersesuaian. Berikut adalah panduan pemilihan gaun pengantin Muslimah trend bagi tahun 2014 untuk memberi ilham kepada bakal para pengantin sempena majlis pernikahan anda. Untuk koleksi baju pengantin, sila layaripelbagai kategori gaun pengantin Muslimah di sini.

Pastikan Baju Pengantin Mencerminkan Personaliti

Pada tahun 2014, trend untuk tema pernikahan adalah bersifat peribadi. Terdapat pelbagai gaya dan corak gaun pengantin untuk pilihan anda. Tetapi ingatlah bahawa anda patut memilih baju pengantin yang sesuai dengan karakter anda. Gaun pengantin Muslimah yang dipakai juga harus bersesuaian dengan usia, ketinggian dan bentuk tubuh anda agar anda kelihatan anggun dan menawan.

Kain & Rona Nyaman

Oleh sebab cuaca di Malaysia panas dan lembap, pemilihan kain dan warna gaun pengantin adalah penting, lebih-lebih lagi jika pernikahan anda berlangsung di luar. Keselesaan adalah prioriti kerana majlis akan berlangsung sepanjang hari. Tip kami untuk anda adalah untuk memilih gaun pengantin yang diperbuat daripada kain yang menyerap peluh, contohnya kapas atau renda berlengan panjang. Selain itu, warna atau rona juga penting. Warna yang gelap, seperti warna hitam lebih menyerap haba berbanding warna pastel yang lebih cerah.

 
Gaun oleh Nisa Mazbar

Pastikan Gaun Pengantin Adalah Halal

Mengikut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang mengeluarkanHukum Memakai Sutera dan Emaspada tahun 2010, adalah haram untuk seseorang lelaki memakai emas dan sutera. Walaupun gaun pengantin yang diperbuat daripada sutera dan emas boleh dipakai oleh pengantin wanita dan diharuskan (halal), ia adalah haram untuk pengantin lelaki. Oleh itu, pihak lelaki harus memilih kain yang bersesuaian supaya tidak melanggar hokum tersebut.

Aksesori Yang Bersesuaian

Pengantin wanita tidak dilarang daripada memakai barang perhiasan. Perhiasan rambut dan produk alat solek bebas digunakan selagi tidak mengandungi bahan yang diharamkan. Pemilihan aksesori juga haruslah sesuai dengan gaun pengantin yang dipilih, termasuk kain dan warna gaun tersebut.

 
Gaun oleh Rumah Kebaya Malaysia

Selain daripada itu, anda juga harus memastikan bahawa gaun anda adalah padan dengan konsep dan tema majlis pernikahan anda. Biasanya, pakaian keluarga anda patut seragam dan mengikuti motif dan warna supaya tidak terlalu kontras atau bertentangan dengan gaun anda. 

Share this post